HARI KEUSAHAWANAN PERINGKAT SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Suka Menanti telah mengadakan Hari Keusahawanan Peringkat Sekolah pada hari Rabu yang bertarikh 25 JUN 2014.Pihak sekolah turut menjemput ahli keluarga /waris murid-murid bagi menjayakan lagi program ini.
Pelbagai gerai makanan telah dibuka untuk dijual kepada murid-murid sekolah.Antaranya ialah gerai nasi lemak yang dibuka dari unit pentadbiran,gerai nasi tomato,air,ayam dan lain-lain dijual oleh guru-guru.
Turut tidak ketinggalan guru -guru juga ada yang membuka gerai kedai bundle ,seperti pakaian ,kerongsang dan pelbagai lagi untuk dijual.Manakala makmal ICT juga dibuka untuk tayangan gambar kepada murid-murid.
Antara gambar aktiviti yang berlangsung pada hari tersebut:
Menunggu tayangan bermula |
Berkumpul ditapak perhimpunan |
Mendengar kata alu-aluan daripada guru
|
No comments:
Post a Comment