GURU BESAR
SK SUKA MENANTI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya Perancangan Strategik 2011 – 2014 sekolah ini telah berjaya dihasilkan. Sesungguhnya perancangan ini sangat penting sebagai panduan kepada warga sekolah ke arah pencapaian prestasi terbaik bagi semua bidang.
Adalah menjadi keutamaan dan kepentingan kepada warga sekolah untuk merealisasikan perancangan sekolah ini.Perancangan ini mestilah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh demi memastikan kecemerlangan berterusan organisasi.Semoga murid yang dihasilkan nanti dapat menjadi warganegara yang berguna dan sentiasa mempamerkan kecemerlangan.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang telah berjaya menyiapkan perancangan ini. Seterusnya diharapkan semoga Perancangan Strategik ini akan menjayakan visi dan misi sekolah ini.
Sekian,terima kasih.
NURUN IHSAN B. HASBULLAH
No comments:
Post a Comment